KUCHING 20.8.21 - Kunjungan hormat yang pertama oleh rombongan dari Persatuan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera yang di ketuai IR Tuan Haji Talha Hj Affendi. Ianya bertujuan untuk memberi taklimat berhubung perkembangan semasa Persatuan dan kejayaan mereka membantu melaksanakan projek-projek yang disarankan oleh Kerajaan.
Persatuan juga telah menyampai sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Bencana Covid-19 Sarawak.
Kunjungan hormat ke-2 oleh rombongan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad ( KOPERWANIS ) yang di ketuai oleh Pengerusi Puan Norjanah bt Haji Razali. Ianya bertujuan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa KOPERWANIS dan untuk memaklum program perniagaan dan pusat latihan.
Sumber dari : Sarawakku